Saturday, November 8, 2008

Profil

Pendahuluan
Perkampungan latihan Kawasan Perkemahan Cabang Tongkat terletak di Daerah Machang, Kelantan negeri serambi Mekah bertemakan "Eco- Tourism". Selaras dengan tema ini yang memberi tumpuan kepada ekologi bagi membangkit kecintaan kepada alam dan penciptanya, nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Kelantan. Oleh kerana Kawasan perkemahan ini terletak dalam daerah Machang, Kelantan, nama-nama chalet juga menggunakan nama-nama kampung dalam daerah Machang seperti Jelutong, Rengas, Pangkal Kerdas, Kemahang dan Muka Bukit manakala nama-nama bandar dalam Negeri Kelantan seperti Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Kerai, Gua Musang dll dijadikan nama-nama chalet. Nama-nama dewan selain menggunakan nama-nama ikan sungai yang terkenal seperti jelawat, patin, keli, dan haruan juga menggunakan nama 3 mukim dalam daerah Machang iaitu Tok Bok, Labak dan Pulai Chondong. Bersesuaian dengan nama dusun, beberapa chalet juga turut dinamakan dengan nama buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, duku, langsat, dokong, durian, nangka, cempedak dll, pokok bunga seperti bunga melor, melati, kekwa dll, buah hutan seperti petai dan jering dan pokok hutan seperti jati, merbau, meranti dll digunakan kepada asrama dan chalet. Pengunjung akan dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai daerah Machang, Negeri Kelantan, nama-nama pokok hutan, bunga-bunga, buah-buahan dan ikan sungai yang menjadi makanan kesukaan ramai pada masa kini.
LAWATAN YANG AKAN MENINGGALKAN KESAN BERPANJANGAN KEPADA SEMUA. ANDA PASTI AKAN PUAS MENIKMATI KEHIJAUAN ALAM SEMULAJADI.

Lokasi di tengah-tengah Hutan Hujan Malaysia
Cabang Tongkat Campsite terletak besempadan dengan hutan simpan Bukit Cabang Tongkat, Machang, Kelantan Darul Naim berdekatan dengan Kawasan Pelancong Kolam Air Panas yang terkenal di Negeri Kelantan. Kehijauan dan keindahan alam semulajadi nya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan.
Hanya 50 minit perjalanan daripada Kota Bharu melalui Jalanraya Kota Bharu / Machang. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan.
Dengan keluasan 12 ekar, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan pasti memenuhi keperluan dan kehendak semua golongan.


Terokai Aktiviti Outdoor yang Mencabar
Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan. Atau rasai kesejukan air bukit yang disalur terus ke kolam mandi yang disediakan.
Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan.
Akhiri hari anda dengan merehatkan fizikal dan mental sambil merendam kaki di Kolam Air Panas semulajadi. Ini merupakan sebahagian pengalaman yang kami tawarkan untuk penginapan yang menyenangkan dan menyeronokkan.

Dusun Buah-buahan
Selain menyediakan tempat kemudahan berkursus dan seminar, pengunjung juga boleh menikmati buah-buahan tempatan terutamanya raja buah iaitu DURIAN. Di kawasan seluas 13 hektar terdapat pokok durian daripada pelbagai jenis baka dan buah-buahan lain seperti manggis, jambu, rambutan dan lain-lain.

Matlamat, Objektif, Visi, Misi & Motto
Matlamat utama kami adalah mewujudkan pusat latihan yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat bagi melahirkan insan yang bertakwa dan sentiasa menhargai dan mensuyukuri nikmat alam dari maha pencipta.
Objektif - Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan serba lengkap.- Kemudahan aktiviti indoor yang baik.- Aktiviti outdoor yang mencabar.- Alternatif kepada pelanggan untuk membuat pilihan yang terbaik.VisiMemberikan kemudahan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.MisiMenyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.

MottoPerkhidmatan berkualiti, kemudahan latihan serba lengkap dan mencukupi.


Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Berdaftar dengan:
Kementerian Kewangan, nombor rujukan .
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, rujukan .

Ke Atas
Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami
Hakcipta Terpelihara© 2008 Cabang Tongkat Campsite .Hubungi : fadabi@yahoo.com

No comments: