Tuesday, December 16, 2008

Kolam Air Panas


Kolam Air Panas Tok Bok, 45 km dari Kota Bharu.













Panorama Indah



Pandangan dari Cabang Tongkat Camp Site

Batu belah, batu bertangkup?

Saturday, November 8, 2008

Profil

Pendahuluan
Perkampungan latihan Kawasan Perkemahan Cabang Tongkat terletak di Daerah Machang, Kelantan negeri serambi Mekah bertemakan "Eco- Tourism". Selaras dengan tema ini yang memberi tumpuan kepada ekologi bagi membangkit kecintaan kepada alam dan penciptanya, nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Kelantan. Oleh kerana Kawasan perkemahan ini terletak dalam daerah Machang, Kelantan, nama-nama chalet juga menggunakan nama-nama kampung dalam daerah Machang seperti Jelutong, Rengas, Pangkal Kerdas, Kemahang dan Muka Bukit manakala nama-nama bandar dalam Negeri Kelantan seperti Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Kerai, Gua Musang dll dijadikan nama-nama chalet. Nama-nama dewan selain menggunakan nama-nama ikan sungai yang terkenal seperti jelawat, patin, keli, dan haruan juga menggunakan nama 3 mukim dalam daerah Machang iaitu Tok Bok, Labak dan Pulai Chondong. Bersesuaian dengan nama dusun, beberapa chalet juga turut dinamakan dengan nama buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, duku, langsat, dokong, durian, nangka, cempedak dll, pokok bunga seperti bunga melor, melati, kekwa dll, buah hutan seperti petai dan jering dan pokok hutan seperti jati, merbau, meranti dll digunakan kepada asrama dan chalet. Pengunjung akan dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai daerah Machang, Negeri Kelantan, nama-nama pokok hutan, bunga-bunga, buah-buahan dan ikan sungai yang menjadi makanan kesukaan ramai pada masa kini.
LAWATAN YANG AKAN MENINGGALKAN KESAN BERPANJANGAN KEPADA SEMUA. ANDA PASTI AKAN PUAS MENIKMATI KEHIJAUAN ALAM SEMULAJADI.

Lokasi di tengah-tengah Hutan Hujan Malaysia
Cabang Tongkat Campsite terletak besempadan dengan hutan simpan Bukit Cabang Tongkat, Machang, Kelantan Darul Naim berdekatan dengan Kawasan Pelancong Kolam Air Panas yang terkenal di Negeri Kelantan. Kehijauan dan keindahan alam semulajadi nya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan.
Hanya 50 minit perjalanan daripada Kota Bharu melalui Jalanraya Kota Bharu / Machang. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan.
Dengan keluasan 12 ekar, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan pasti memenuhi keperluan dan kehendak semua golongan.


Terokai Aktiviti Outdoor yang Mencabar
Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan. Atau rasai kesejukan air bukit yang disalur terus ke kolam mandi yang disediakan.
Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan.
Akhiri hari anda dengan merehatkan fizikal dan mental sambil merendam kaki di Kolam Air Panas semulajadi. Ini merupakan sebahagian pengalaman yang kami tawarkan untuk penginapan yang menyenangkan dan menyeronokkan.

Dusun Buah-buahan
Selain menyediakan tempat kemudahan berkursus dan seminar, pengunjung juga boleh menikmati buah-buahan tempatan terutamanya raja buah iaitu DURIAN. Di kawasan seluas 13 hektar terdapat pokok durian daripada pelbagai jenis baka dan buah-buahan lain seperti manggis, jambu, rambutan dan lain-lain.

Matlamat, Objektif, Visi, Misi & Motto
Matlamat utama kami adalah mewujudkan pusat latihan yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat bagi melahirkan insan yang bertakwa dan sentiasa menhargai dan mensuyukuri nikmat alam dari maha pencipta.
Objektif - Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan serba lengkap.- Kemudahan aktiviti indoor yang baik.- Aktiviti outdoor yang mencabar.- Alternatif kepada pelanggan untuk membuat pilihan yang terbaik.VisiMemberikan kemudahan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.MisiMenyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.

MottoPerkhidmatan berkualiti, kemudahan latihan serba lengkap dan mencukupi.


Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Berdaftar dengan:
Kementerian Kewangan, nombor rujukan .
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, rujukan .

Ke Atas
Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami
Hakcipta Terpelihara© 2008 Cabang Tongkat Campsite .Hubungi : fadabi@yahoo.com

Kemudahan

Kemudahan-kemudahan
Cabang Tongkat Campsite menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor.

Penginapan

Chalet


Terdapat 1 buah chalet yang boleh menampung 10 orang.

Klik pada imej untuk pandangan yang besar



Chalet 'A' Shape


1 buah chalet kampung jenis 'A' Shape menampung 5 orang dan dinamakan berdasarkan nama-nama kampung di daerah Machang.



Asrama


Untuk kumpulan yang besar, terdapat 0 blok asrama yang boleh menampung sehingga 0 orang.




Tapak Perkhemahan


Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 400 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas, 1 buah dewan terbuka dan juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.


Aktiviti-Aktiviti Rekreasi

Gelanggang Permainan


Gelanggang permainan berkonkrit dan besar ini sesuai untuk pelbagai sukan seperti bola tampar, bola keranjang, latihan kawad kaki dan aktiviti sukaneka.



Dewan Seminar


0 buah dewan yang lengkap dengan OHP, P.A. sistem dan kemudahan audio yang lain.




Kolam Mandi


Sebuah kolam mandi yang dipenuhi dengan air semulajadi yang disalur terus dari bukit memberi kesegaran dan kesejukan yang asli.



Wakaf & Surau



WakafTerdapat 0 buah wakaf sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati suasana sekeliling dan juga untuk sesi perbincangan.
Surau buah surau yang mampu menampung 5 orang





Dewan Makan & Kedai


Dewan MakanTerdapat 0 buah dewan makan yang menyajikan makanan kampung. Jenis makanan yang diperlukan boleh dibincangkan dengan chef bagi kumpulan yang besar. Selain masakan melayu, masakan vegetarian boleh disediakan atas permintaan. Makanan disediakan secara pakej 0 kali sehari.
KedaiPengunjung boleh membeli-belah di 0 buah kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta keperluan latihan seperti sabun, berus gigi dan lain-lain.


Ke Atas
Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami
Hakcipta Terpelihara© 2008 Cabang Tongkat Campsite. Hubungi : fadabi@yahoo.com

Aktiviti

Aktiviti-aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang diadakan di Cabang Tongkat Campsite adalah untuk membina kekuatan dari segi mental dan fizikal. Dari cabaran aktiviti seperti meluncur di udara (Flying Fox) hinggalah kepada cabaran minda (aktiviti indoor) semuanya menjanjikan kesan yang positif.
Aktiviti Outdoor

Rentas Halangan
Halangan Tembok
Gelung Tayar
Terdiri daripada 12 jenis halangan mencabar yang setiap satunya mempunyai fungsi, keseronokan serta kepuasan tersendiri.Senarai Aktiviti

Halangan Tembok
One Step Ladder
Straight Walk
Spider Net
Side Walk
One Step Swing
Titian Balak
Kargo Net
Gelung Tayar
Balancing 'V'
Commando Crawl
Commando Crop
Klik pada gambar untuk imej lebih besar.
Kargo Net
Spider Net
Balancing 'V'
Commando Crawl
Commando Crop
Side Walk
Straight Walk
One Step Ladder
One Step Swing
Titian Balak



Kolam Mandi & Laluan Hutan

Kolam Mandi


Laluan Hutan

Kolam RenangAktiviti air seperti polo air boleh dilakukan terutamanya pada waktu petang. Alami keseronokan & kedinginan sumber air semulajadi di kolam mandi.
Laluan HutanTerdapat 3 trek bagi laluan hutan. Peserta-peserta boleh menikmati kehijauan, keindahan flora dan fauna serta kesegaran udara hutan.

Aktiviti Sukan Air
Selain aktiviti di darat, terdapat juga aktiviti di dalam air. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berakit, pelampung dan lain-lain lagi. Harungi cabaran di air dan rasai kesejukannya.






Rock Climbing & Abseiling / Repelling
Rock ClimbingRock Climbing adalah aktiviti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental. Alami kehebatan cabaran mendaki dinding yang tinggi dengan hanya bergantung kepada kekuatan tangan dan kaki.
Abseiling / RepellingPengalaman merasai bagaimana pendaki menuruni bukit yang tinggi. Teknik penggunaan tali amat penting ketika menjalankan aktiviti ini.

Rock Climbing

Abseiling & Repelling




Flying Fox & Jambatan Gantung

Flying Fox

Jambatan Gantung

Aktiviti-aktiviti ini menjanjikan cabaran yang berbeza.
Flying FoxRasai kedinginan angin yang menyentuh muka dan keseronokan meluncur di udara.
Jambatan GantungKawalan dan imbangan badan diperlukan ketika merentasi jambatan ini.

Aktiviti Indoor

Kursus / Seminar


Dewan-dewan disediakan untuk mengadakan kursus dan seminar. Ini termasuk kursus motivasi, seminar jualan langsung, orientasi pelajar universiti dan juga seminar berkenaan teknik-teknik peperiksaan.
Aktiviti berkumpulan memberi peluang kepada seseorang individu untuk membina dan membangun kemahiran berkomunikasi dan bersosial.


Ke Atas
Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami
Hakcipta Terpelihara© 2008 Cabang Tongkat Campsite .Hubungi : fadabi@yahoo.com

Sebut Harga

Sebutharga
Di antara pakej yang ditawarkan:

Pakej
Kategori
Dewasa(RM)Seorang / sehari
Pelajar IPT(RM)Seorang / sehari
Pelajar Sekolah (RM)Seorang / sehari
CHALET (4 ORANG SEBILIK)5 x makan sehari • Dewan seminar (P.A. sistem) • Surau • Wakaf • Kemudahan sukan & rekreasi • Kolam mandi
58.00
53.00
53.00
ASRAMA5 x makan sehari • Dewan seminar (P.A. sistem) • Surau • Wakaf • Kemudahan sukan & rekreasi • Kolam mandi
53.00
48.00
40.00
CHALET 'A' SHAPE5 x makan sehari • Dewan seminar (P.A. sistem) • Surau • P.A sistem • Wakaf • Kemudahan sukan & rekreasi • Kolam mandi (TANPA KEMUDAHAN BANTAL, TILAM DAN SELIMUT)
38.00
36.00
34.00
KHEMAHKhemah disediakan • 3 x makan sehari (bungkus) • Kemudahan elektrik dan air • Dewan terbuka • Kolam mandi • Surau • Wakaf • Kemudahan sukan & rekreasi
33.00
31.00
29.00
KHEMAH (TANPA MAKAN)Khemah disediakan • Bekalan elektrik dan air • Dewan terbuka • Kolam mandi • Surau • Wakaf • Kemudahan sukan & rekreasiRM50.00 sehari (sewa dapur dan gas).
19.00
17.00
15.00

Tambahan (Pilihan)
1) Harga chalet berbeza untuk seorang / 2 orang sebilik dan jumlahnya terhad. RM 130.00 seorang sehari untuk seorang sebilik dan RM 85.00 seorang sehari untuk dua orang sebilik.
2) Khidmat Pemandu Arah / Guide
i. Laluan Hutan - RM 100.00 untuk 50 orang peserta (Trek 1 jam & 2 jam) - RM 200.00 untuk 50 orang peserta (Trek 3 jam)
ii. Rentas Halangan - RM 200.00 untuk 50 orang peserta
iii. Flying Fox - RM 200.00 untuk 50 orang peserta
iv. Rock Climbing - RM 200.00 untuk 50 orang peserta
v. Night Walk (Sebelum Pukul 12.00 tengah malam) - RM 300.00 untuk 50 orang peserta
vi. Sukan Air (Rakit, Pelampung, Tangkap Itik dll.) - RM 200.00 untuk 50 orang peserta (bagi setiap aktiviti air)
vii. Abseiling dan Repelling - RM 15.00 seorang peserta dewasa - RM 10.00 seorang pelajar sekolah / IPT
3) BBQ - RM 8.00 / RM 16.00 seorang (25 orang ke atas)
4) Sijil - RM 1.50 sekeping
5) Set karaoke - RM 200.00 semalam (CD Karaoke tidak disediakan)
6) Perlindungan Insurans - RM 4.00 seorang
SURAT TEMPAHAN DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN.
DEPOSIT: PENGESAHAN TEMPAHAN BERKUATKUASA HANYA SELEPAS BAYARAN DEPOSIT DIJELASKAN IAITU 50% DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN KECUALI PEMBAYARAN MELALUI LOCAL ORDER (L/O)
Klik di sini untuk cetak.
SYARAT -SYARAT TEMPAHAN DAN BAYARAN1. PENGESAHAN TEMPAHAN Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum tarikh program yang hendak dijalankan. Untuk tempahan, surat tempahan mesti diserahkan ke pejabat tempahan.2. TEMPOH MASA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN BAGI SATU (1) HARI Tempoh masa untuk menggunakan semua kemudahan di DER adalah 24 jam (1 hari). Contoh: check-in 10.00 pagi, check-out 10.00 pagi keesokan hari (1 hari). Jika tempoh yang diperlukan lebih daripada yang telah ditetapkan, tambahan bayaran 1/2 hari akan dikenakan.3. DEPOSIT 50% Pengesahan tempahan berkuatkuasa hanya selepas bayaran deposit dijelaskan. Wang pendahuluan yang diperlukan ialah sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan kecuali bayaran melalui Local Order (L.O.). Deposit mesti dijelaskan dua minggu sebelum program. Bayaran penuh akan dikenakan jika gagal menjelaskannya dalam tempoh yang ditetapkan.4. PEMBAYARAN Semua bil / invois hendaklah dijelaskan pada hari akhir program iaitu sebelum check-out / meninggalkan perkampungan latihan. Bayaran hendaklah berbentuk tunai atau cek. Bagi agensi kerajaan yang menggunakan L.O. / pesanan tempatan, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menyerahkan L.O. kepada wakil syarikat kami pada hari pertama kursus bermula dan akan dipulangkan pada hari akhir program bagi proses pembayaran.5. PEMBATALAN / PENANGGUHAN TEMPAHAN Sebarang pembatalan / penangguhan tempahan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program yang dijadualkan dan syarikat akan memulangkan wang pendahuluan. Jika ia dilakukan dalam masa 7 hari, wang tidak akan dikembalikan.6. PENYEDIAAN SENARAI NAMA Pelanggan hendaklah menyediakan senarai nama peserta, guru/pegawai, urusetia dan fasilitator sebelum (check-in) di DER. Bilangan peserta yang menghadiri program di DER amat penting untuk bahagian kantin, penyediaan invois dan tujuan keselamatan (polis).7. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Dewan seminar & serbaguna, sistem pembesar suara, TV, VCD player, overhead projector (OHP), flipchart, surau, kolam mandi, wakaf untuk istirehat, padang riadah, dewan makan dan kemudahan sukan & rekreasi.8. KEBERSIHAN Kebersihan perlu dijaga bagi mengelakkan masalah pemcemaran alam sekitar. Pembakaran hutan juga tidak digalakkan.9. KESIHATAN Pengguna yang mempunyai masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemalangan semasa melakukan aktiviti lasak.10. TANGGUNGJAWAB Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda, kerosakan, kecederaan dan kemalangan yang berlaku. Pelanggan dinasihatkan menyimpan atau tidak membawa barang-barang berharga. Pelanggan mesti mendapatkan khidmat jurulatih yang bertauliah semasa menjalankan aktiviti luar dan bertamggungjawab mengambil P.A. insurans terhadap semua peserta sebelum menjalani program di Dusun Eco Resort untuk menjaga kepentingan mereka.11. LAIN-LAIN - Peralatan peribadi seperti tuala, sabun mandi, tisu tandas dll. tidak disediakan, pengguna dikehendaki membawa sendiri. - Alatulis seperti pen, kertas, kertas flipchart, marker pen dll. tidak disediakan. - Pinggan dan cawan yang digunakan di dewan makan hendaklah dibasuh dan dibersihkan sendiri.

Ke Atas
Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebut Harga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami
Hakcipta Terpelihara© 2008 Cabang Tongkat Campsite .Hubungi : fadabi@yahoo.com

Lokasi

Lokasi

Peta ke Resort

Lokasi: 45 KM, Jalanraya Kota Bharu / Kuala Krai, Machang, Kelantan Darul naim
Atau:
Daripada Kota Bharu melalui Jalanraya KB / Pasir Puteh - 50 km.

Pelan Campsite
Cabang Tongkat Campsite - Klik untuk imej besar


Kawasan Pelancongan Kolam Air Panas - Klik untuk imej besar

Pelan Cabang Tongkat CampSite - PDF Pelan Hutan Simpan Cabang Tongkat - PDF
Format PDF memerlukan Adobe Acrobat Reader, dapatkan di sini.


Ke Atas
Home - Profil - Kemudahan - Aktiviti - Sebutharga - Lokasi - Pelanggan - Hubungi Kami
Hakcipta Terpelihara© 2008 Cabang Tongkat Campsite .Hubungi : fadabi@yahoo.com